Irdina & Irfan FotoPage

By: Mardiana Fairul

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 24-Jun-2009 12:23 Email | Share | | Bookmark
WE'RE MOVING



Dear friends,

We're moving now.
Latest update 'bout us please click to http://sweetlullaby09.blogspot.com

Thank You.

Regards;
Mardiana


Tuesday, 9-Jun-2009 08:16 Email | Share | | Bookmark
Stay-At-Home-Mom

 
 
 

Weekend; This weekend I & kid’s just stay at home. Fairul sibuk menguruskan kolam ternakan ikan di Sungai Choh. So, main activity saya adalah mengemas rumah, mendobi, mengemop dan memasak untuk Irdina. Breakfast for Irdina, saya just ready kan nugget and sosej goreng + susu dugro chocolate 8oz. Irfan pulak susu Anmum 6oz, then he’s will zzzzzzz. Snack ari ni, coco crunch dan crispy. Lunch, saya masak sup ikan a.k.a singgang ikan. Laju Irdina makan, die memang gemar makanan yang berasaskan sup. Senang kerja mama die...hehehhe. Setiap kali Irdina dengan saya di rumah, saya memang tak pakaikan die diaper. Niat di hati nak train die supaya ke toilet every time she’s wanted to do a business. Setakat hari ini, die macam dah boleh get used dah sikit2. Bile time nak membuang air besar je sure terkedik-kedik berlari ke toilet. Kelakar pon ade bile tengok die macam tu. Tp, pee time die masih kene remind. Kadang2 die “ter” jugak, so, mama die la jadi tukang mop. Heheheh…

Malam kiteorang dinner kat Alam Sentral, try new menu kat Station Kopitiam. After that, kiteorang ke padang di Section 14. Kebiasaannya, kiteorang kesini untuk lepak-lepak sesambil tu temankan Irdina main bola.


Tuesday, 2-Jun-2009 08:14 Email | Share | | Bookmark
PROFIT RATE

Tuesday; Ma dan Baq dah bertolak pulang ke Terengganu. Fairul dan saya ke Bukit Raja for Terminator Salvation. Before that, kami ke USJ menguruskan BBA kami di Muamalat Subang. Sedih mengenangkan housing loan kami yang profit rate nye tinggi macam hampesss. BLR+0.35. Tension betul…sekarang ni profit rate seantero bank di Malaysia ni semua nya dalam keadaan yang memberangsangkan. Pada sesiape yang berniat nak beli rumah, inilah masa yang paling sesuai. My advise pada sesiape yang sedang dalam proses pembelian rumah, pilih la bank yang boleh memberi proffer terbaik, biasenye bank yang kecik2 ni tak boleh nak bagi the best offer (eg:Muamalat).


Sunday, 31-May-2009 07:40 Email | Share | | Bookmark
Star LRT




Sunday; Rumah Jang kebetulan berdekatan dengan STAR LRT station (CEMPAKA), so kami sefamili ke SOGO naik tren petang itu. Actually kiteorang saja nak bawa Irdina experience naik tren/STAR LRT. Hehehhe…punya la excited irdina masa naik tren tu, berkepit je dengan Uncle Pik. Irfan cool je sepanjang perjalanan...well he’s doesn’t know anything yet.

Ni ade pengakuan sikit saya nak buat, sepanjang 5 tahun saya tinggal dan bekerja di Shah Alam , sekali pun saya tak pernah ke SOGO. So, this is my first time menjejak kaki di SOGO. Macam tak percaya kan….tapi itulah saya, saya memang tak gemar ke tempat-tempat yang sesak. Dan kalau boleh memang dielakkan. Ya…seperti yang saya jangkakan, SOGO memang sesak dengan manusia dan sale. Saya ade ternampak garment sale for babies and toddlers tapi tak begitu menarik pada saya. Antara nye; Poney-design yang saya pernah lihat masa warehouse sale di SACC tempohari, Disney pon tak menarik jugak, Barbie memang bukan taste saya. So, window shopping la nampaknya hari ini. Tiba-tiba saya ternampak Clarks Boutique. Saya memang dah lama nak beli Clarks shoes for Irdina, ari tu kat The Curve tak sempat nak menjenguk. After review a few design, saya decide on the pink one. Suit la dengan Irdina, girlish la sikit…hehehe. After that, kami minum petang di Secret Recipe. I’m starving for indulgence cake…hehehehe. On the way back, Irfan start to cry, mungkin dia tak selesa. He’s crying in the tren, punya la kelam kabut saya dibuatnya. Lastly, senyap jugak tapi di pangkuan Fairul. Daddy’s lil’ fella.

Monday; pagi-pagi Irdina dah ke swimming pool bersama papa dan pakcik2nya. Hari ini,Irfan dari pagi sampai ke petang memang tidur je. Alhamdulillah, die dah tak meragam lagi. Petang kami ke Ikea, niat awalnye window shopping sahaja. Tapi finally, ade jugak movement of cash flow. Punye la tadi berazam tanak beli ape-ape. But, it’s fail laaaa….saya kalau ke Ikea, if tak shopping pape memang seronok amat. Tapi malang, selalunya fail la…nak buat camne, Ikea’s stuff is too tempting!!!


Saturday, 30-May-2009 07:14 Email | Share | | Bookmark
Tok Ma & Tok Baq datang KL


Cuti sekolah bermula, famili dari Terengganu turun ke KL untuk bersama-sama berhujung minggu di sini. Heheheh…Irdina lah orang yang paling gembira, sebab dapat berjumpa dengan Tok Ma & Tok Baq. Sepanjang mereka di sini, kami semua tidur di rumah baru Uncle Jang. Apalagi, tetiap hari, pagi dan petang swimming pool mesti destinasi wajib anak dara sorang ni. Mujurla Irdina punya ramai bodyguard (pakcik2), tade la saya penat sangat melayan irdina. Untuk pengetahuan, adik beradik Fairul ada 4 orang dan semua nya LELAKI. Hehehhe…kira Irdina bertuah la sebab dia dikelilingi pakcik-pakcik yang handsome+macho.

Selepas balik kerja Jumaat tu, saya dan Fairul serta anak-anak dah bertolak ke Ampang…cesss citer macam jauh je Sg Buloh ngan Ampang…heheheh. Kami dinner di sana, Tok Ma dah ready dengan menu “berhantu” nye NASI BUKHARI….yummy!!!! Tapi kali ini, special sikit pasal ade menu baru iaitu Daging Opor. Memang sedap dan saya telah berjaya mencilok resepi DAGING OPOR itu. Lain kali saya boleh masak untuk husband ku….jeng..jeng..

Besoknya, pagi-pagi lagi Irdina dah bersiap dengan swimming suit nya. “nak mandi kolam la, mama,”Irdina said. Last week, kebetulan Tesco ade buat promotion untuk swimming stuff for babies and toddlers. So, saya dah memborong 2,3 swim ring and beach ball. Today is trial session for that swim ring, unfortunately swim ring yang saya beli tu too small for Irdina. The others swim ring pulak saya tinggal di rumah kami di Sg Buloh. Kesian Irdina, terpaksa bergayut dengan papa nya…..hehhehe. Tengahari kami ke Tesco mencari barang-barang dapur dan kelengkapan yang sepatutnya. Hari ini Irfan banyak kali menangis dan lama pulak tu, tak tahu kenapa….???Sampai satu tahap tu, sampai saya dah give up memujuk Irfan. May be sebab rumah Jang ni rum ah baru didiami,may be there is sumthing he’s crying for …we don’t know!


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net